BERILMU DAN BERDISPIN

LAMAN RASMI UNIT KOKURIKULUM UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

MENGENAI KAMI

Logo Unit Kokurikulum

Unit Kesatria merupakan unit kokurikulum pertama yang diwujudkan di UiTM berbangkit dari dua insiden demonstrasi oleh pelajar-pelajar di semua IPTA (termasuk UiTM) pada akhir tahun 1975 dan awal 1976. Bagi mengatasi masalah disiplin dan salah laku pelajar ketika itu, maka kokurikulum Kesatria ditubuhkan dengan objektifnya untuk menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi dikalangan pelajar. Bilangan pengambilan pelajar kokurikulum Kesatria dan lain-lain kokurikulum juga telah bertambah sejajar dengan perkembangan UiTM. Didapati 30% daripada pelajar UiTM adalah ahli Kesatria dan bakinya dari komponen kursus Kokurikulum yang lain.

Bilangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum yang ramai termasuk Kolej Bersekutu UiTM perlu kepada pemantauan yang rapi. Pengstrukturan semula UiTM amnya dan penyusunan semula perkhidmatan-perkhidmatan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni khasnya telah mengambil kira fungsi serta peranan dan semua Staf Unit Kesatria untuk memastikan perkhidmatan di HEP memenuhi keperluan para pelajar dan hasrat universiti.

Pengstrukturan semula fungsi organisasi Unit Kesatria dan Staf Kesatria dilihat satu usaha serius Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam memantapkan perlaksaan kokurikulum di UiTM. Dalam perkara ini mulai Oktober 2007 Unit Kesatria ditukar nama kepada Unit Kokurikulum dan Pegawai Kesatria serta Pembantu Kesatria disebut Pegawai Kokurikulun dan Pembantu Kokurikulum. Dengan ini fungsi mereka bukan sahaja bertaggungjawab kepada Kokurikulum Beruniform sahaja malahan semua kokurikulum di UiTM diletak di bawah pengurusan Pegawai dan staf Kokurikulum. Ini bertujuan untuk memberi lebih ruang kepada organisasi memperluaskan skop tugas, meningkatkan fungsi dan tanggungjawab kepada jawatan sedia ada. Dengan ini diharap pelaksanaan kursus kokurikulum di seluruh sistem UiTM akan berjalan lebih tersusun dan sistematik.

Kokurikulum sehingga kini telah pun melalui pelbagai era perubahan sesuai dengan visi dan misi Universiti dan juga perubahan senario sosio-budaya dan sosio-politik Negara. Isu Ketuanan Melayu terkini merupakan agenda pertama Universiti dalam penjanaan semula semangat patriotik dikalangan pelajar UiTM buat ketika ini.

Kursus-kursus kokurikulum uitm adalah kursus universiti berkredit telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambahan bagi melahirkan graduan bersifat holistik dan cemerlang dengan kebolehpasaran yang tinggi.

Ianya juga selari dengan agenda penting dasar pembaguanan pelajar berteraskan kemahiran insaniah oleh kementerian pengajian tinggi malaysia (kpt).

Misi Unit Kokurikulum
 
Menjadi sebuah pusat pembelajaran bagi menggalakkan dan membentuk individu yang mempunyai watak dan peribadi yang seimbang, berdisiplin, patriotik, mencintai ilmu, menghayati budaya dan mempunyai kepekaan sosial dengan hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang cemerlang .

Objektif Unit Kokurikulum
 
  • Memenuhi hasrat universiti dalam mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
     
  • Memberi pendedahan kepada pelajar dari aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan.
     
  • Menggalakkan pelajar memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, berdedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur dan bertanggungjawad bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu.
     
  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotik dan keusahawanan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
     
  • Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.

Perenggan 1.43 Peraturan Akademik UiTM Program Diploma dan Sarjana Muda (Pindaan 2015) mendefinisikan Kokurikulum ialah kursus Universiti yang dijalankan untuk memupuk Kemahiran Insaniah pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti bagi memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda.

Kursus-kursus kokurikulum UiTM adalah Kursus Universiti Berkredit telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah.

Seiring dengan Lonjakan 1 Pelan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (2015-2025), Kementerian menetapkan visi bagi membangunkan graduan yang seimbang dari segi akhlak dan ilmu dengan meningkatkan minda berpandukan nilai dan keusahawanan. Hal ini akan dilaksanakan menerusi kurikulum yang ditambah baik, kerjasama industri yang dikembangkan dan program pembelajaran melalui pengalaman, beserta kerangka penilaian bersepadu baharu yang melihat ke arah pembangunan holistik.

  1. Teras Kesukarelawanan
  2. Teras Kepemimpinan
  3. Teras Daya Usaha dan Inovasi
  4. Teras Kebudayaan dan Kesenian
  5. Teras Khidmat Komuniti
  6. Teras Keusahawanan
  7. Teras Pengucapan Awam
  8. Teras Sukan

BULETIN

70

KURSUS BERDAFTAR

6000

JUMLAH PELAJAR KOKURIKULUM

70

JURULATIH KOKURIKULUM

AKTIVITI KOKURIKULUM

SENARAI PROGRAM SULAM 

🐝BELAJAR BERSAMA BSMM 🐝

Tarikh : 12 Jun 2021 (Sabtu)
Masa : 8.00 PM – 10 PM
Platform : Cisco Webex
Anjuran : Bulan Sabit Merah Malaysia Tahap 3
Kumpulan : JHBU137A

Link Masuk : Sila tekan
Hubungi Penganjur
Aqilah – 017-748 0527

🙅🏻‍♀️ NO SAFETY , KNOW PAIN 🙅🏻‍♂️

Tarikh : 11 Jun 2021
Masa : 8:30 PM – 11:00 PM
Platform : GOOGLE MEET & YOUTUBE LIVE
Anjuran : Kadet Bomba Tahap 3
Kumpulan : JHBU133C

Link Masuk : Sila tekan
Hubungi Penganjur
Zikry – 0182805119

MASA ITU EMAS ✨

Tarikh : 11 –  Jun 2021 ( Jumaat)
Masa : 10.00 AM – 1.00 PM
Platform : Google Meet
Anjuran : Khidmat Masyarakat Tahap 1
Kumpulan : JHPD133A

Link Masuk : Sila tekan
Hubungi Penganjur
Aqilah – 017-748 0527

BERILMU DAN BERDISPLIN